Wednesday, August 25, 2010

Asas-Asas Akhlak Bagi HARAKAH ISLAMIAH

Matlamat asasi perjuangan ialah “Ahdas Inqilab fil Qiyadah” (melakukan Reformasi Kepimpinan) ataupun dalam erti kata Iain membersihkan bumi ini daripada kepimpinan yang tidak baik, penuh kezaliman dan penindasan lalu digantikan dengan kepimpinan yang baik dan soleh.
Manusia keseluruhannya - termasuk Muslim itu sendiri - lupa kepada matlamat tersebut bagi kebanyakkan Muslim, mereka hanya melihatnya sebagai strategi politik dan lupa kepentingan serta kedudukannya didalam agama Sementara golongan bukan Islam -dengan mengambil kira sikap negatif dan bencinya mereka terhadap Islam - seakan tidak menyedari bahawa semua kerosakan serta bencana yang menimpa manusia sebenamya adalah kesan dan tangan-tangan kepinpinan yang buruk. Sedangkan kebahagiaan serta kesejahteraan hanya akan dirasai apabila duma ini dipimpin oleh pimpinan yang soleh lagi adil!
Jika kita ingin melihat perubahan ini, maka adalah tidak memadai jika kita hanya sekadar menyeru kepada kebaikan ataupun rnengajak ke arah akhlak yang baik Sebaliknya kita hendaklah menghimpunkan anasir-anasir soleh sehingga menjadi sebuah ketumbukan yang benar-benar mantap dan mampu merampas tampuk kepimpinan dunia.


Download Asas-Asas Akhlak Bagi HARAKAH ISLAMIAH

0 Responses to “Asas-Asas Akhlak Bagi HARAKAH ISLAMIAH”

Post a Comment

Back To Top